April 28, 2013

FUZI DOL



        Dulu aku kaki filem Hindustan.  Filem Andaz telahku tonton beberapa kali.  Aku tak tahu di mana sedapnya?  Setelah aku mendapat pekerjaan tetap, aku baru memikirkan rumahtangga.  Cerita perkahwinan tak ubah seperti aku melakarkan sebuah lukisan pemandangan. Objek-objek teratur seperti perancanganku dan bakal suamiku.  Tapiiii Ibu suamiku tidak berkenan dan menyuruh anaknya nemisahkan perhubungan kami. 

Emak mana tak sayangkan anak lelaki tunggal?  Emak mana yang tak berkongsi kebahagiaan  rumahtangga anak?  Kenapa aku dipertemukan dengan dia?  Kenapa aku ditelah gagal pada awal-awal lagi?  Haruskan aku berjumpa dengan Makcik bercerita dengannya dari hati ke hati?  Rakan-rakanku tidak mencadangkan aku berjumpa dengan Makcik.  Air mata yang berkelodak tetap keroh walaupun telah menjalani tapisan.
Aku sanggup buang emak dan saudara kerana kekasih.  Aku sanggup berjumpa dengan Makcik kerana kekasih.  Makcik macam buat tak tahu saja semasa aku mendapatkannya.  Setelah siap menyidai kain di ampai, dia mempersilakan aku ke rumah.  Setelah menghirup air teh kosong, aku memulakan pertanyaan.  Tak cakap mati emak dan cakap mati bapa.  ‘ Zaman mana Makcik?  Kenapa Makcik memisah saya dengan Zaman? ‘, kataku dengan air mata yang meminta simpati.
‘ Adakah saya gadis tua?  Adakah saya tak secantik seperti biaduri?  Adakah saya berasal dari negeri yang berlainan?  Adakah saya hodoh dan diherdik oleh masyarakat  nanti? ‘ kataku  berdepan   dengan  Makcik   yang   mula  menyinga.  “ Tidak. Makcik tak pernah cakap begitu ‘, jawab Makcik pendek.  ‘ Habis mengapa Makcik meminta Zaman memutuskan hubungan kami.  Cuba Makcik berfikir sejenak.  Adakah hati Makcik akan terkulai layu bila Pakcik memutuskan hubungannya dengan Makcik ketika dulu? ‘, kataku yang ikut sedap mulut sahaja.
‘ Siapa yang kata? ‘, tanya Makcik menegakkan benang basah.   ‘ Zaman menyuruh saya datang ke mari.  Dia dah mati kuman mempemgaruhi Makcik ‘, jawabku tenang bila diri dah mula yakin dengan perpisahan yang tidak kami minta.  ‘ Betul.  Makcik yang suruh kerana Zaman anak tunggal Makcik bila bapanya meninggal dunia.  Makcik pastikan hidupnya bahagia di dunia dan akhirat.  Makcik nak tunangkan dia dengan anak gadis kampung ini ‘.
‘ Makcik menyuruh gadis itu memimpin Man, bahagia di dunia dan akhrat.  Saya tidak boleh ke Makcik? ‘, kataku cuba meyakinkan diri.    Kau tak boleh.  Kau seorang perempuan yang bekerja.  Tentunya kau berdandan setiap masa untuk menggoda hati lelaki.  Barang-barang solekmu lebih kau utamakan daripada hati anak Makcik.  Aku dah berusaha dan mula meninggalkan rumah Makcik dengan reda.  Aku terima ketentuan Allah dengan memperbanyakkan isytifar.
Masa berganti masa tanpa sesiapapun yang menghiraukan.  Aku telah dijodohkan oleh seorang sahabat dengan abangnya.  Aku bahagia dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.  Zaman pula telah berkahwin dengan gadis pilihan ibunya dan dikurniakan seorang cahaya mata.  Tahukah rakan-rakan ADILA di mana Zaman berada sekarang?  Adakah Zaman sakit kerana cinta yang tidak kesampaian?  Adakah Zanan membawa diri jauh-jauh supaya kami tidak berjumpa lagi? 
 Aku senyum sendiri memikirkan jodoh.  Aku dan Zaman tak ubah seperti sungai berbalik muda.  Kami terpaksa memikirkan semasak-masaknya.  Aku tak mahu pisang berbuah dua kali.  Rupa-rupanya pokok pisang boleh berbuah dua kali.  Segala-gala tidak mustahil walaupun luka sudah hilang tetapi parutnya berbalam-balam.  Aku dan Zaman sama-sama mencari satu sama lain bila kedua-dua teman hidup kami meninggal dunia.  Doakan pasangan kami berbahagia seperti yang dirancangkan dulu.  Amin.

Coretan
Fuziah Dollah
Seremban
Negeri Sembilan

Ikut Kata Ibu                           -        Edie Ahmad
Itulah Sayang                          -        P Ramlee dan Normadiah
Bahagia Menjelma                   -        A Ramlee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan