Aku membaca surat khabar sejak dulu
lagi. Kadang-kadang semua muka habis
dibaca, Berita askar kita bertugas di
luar negara menyentuh jiwaku. Nak juga
tulis coretan dalam ADILA, tapi tak mampu.
Macam nak tulis nobel yang memakan masa berbulan-bulan. Cerita tersadai saja dalam kertas
kajang. Pak Mad minta anak habiskan
coretan ini. Pak Mad bercerita sambil
anak duduk mengetuk komputer.
Pak Mad hanya bersekolah darjah enam saja.
Habis sekolah Pak Mad menyertai askar.
Yang ada dalam kepala askar saja.
Sebut sahaja askar, ramai perempuan yang tergila-gila. Pakcik dan makcik tentu saja menerima
peminangan anak perempuannya tanpa soal jawab.
Mereka berbangga anak menantunya berkerja kerajaan. Manakala anak-anak gadis pula boleh naik
tocang kerana beristerikan askar. Mereka
ada persatuan isteri-iseri askar bagi menambahkan kemahiran yang sedia ada.
Ketika aku bercinta semasa dulu, lagu-lagu seperti Tiga Malam, Perwira,
Lembaran Terakhir menjadi siulan kami semasa mandi, selepas berkawad, berbaring
di katil dan semasa hari minggu. Keadaan ini lebih bertambah parah lagi, bila
surat daripada makwe tak muncul tiba.
Itu sahaja yang menjadi teman semasa di kem, hutan dan di mana-maana tempat
nertugas. Tangisan ayah dan ibu, isteri
tercinta dan anak-anak yang masih kecil telah aku rasakan sendiri. Air mata keluar bukan disuruh oleh pengarah
filem. Ianya keluar sendiri tanpa boleh
ditahan-tahan lagi, semasa kami hendak meninggalkan tanah air.
Kami memakai kaca mata hitam untuk mengelakkan air mata kami dituntuni
orang ramai. Lebih dahsyat lagi macam
kami yang meninggalkan mata air dan baru melangsungkan perkahwinan. Kawan-kawan
yang meninggalkan anak kecil semasa itu sudahpun menjangkau umur setahun
lagi. Nasib tak baik, anak tidak rapat
dengan abahnya. Yang masihku ingat lagi
semasa berhari raya di tengah hutan.
Kami makan apa yang ada di samping kuih-muih yang dikirimkam oleh makwe.
Bertugas di luar Tanah Melayu menjadi
kayu pengukur cinta. Ada yang bertahan dan ada yang putus tunang. Bukannya ada pihak ketiga macam kisah putus
tunang hari ini, tapi faktor masa dan tidak tahan ditinggalkan. Aku bersyukur kerana isteriku tahan
bersendirian semasa kami baru bertunang dan aku bertugas di Konggo. Lepas tu
bertugas di Sarawak, Perak, Pahang dan Kelantan. Walaupun begitu anak-anak kami meremut macam
anak tikus. Ada yang sekarang sudah mencecah
umur awal 50an.
Tiap-tiap hari mulut kami cabul semasa mereda hutan belantara. Bila kita akan mati? Kominis masa tu bukan calang-calang musuh. Jerangkap samar sentiasa mengintai kami
menjadi mangsa. Kalau sudah capik mana
perempuan yang hendak? Ada kawan yang
meninggal serta-merta. Ada pula kawan
yang merana hingga ke hari ini. Komunis
bertanggungjawab atas kecacatan mereka. ‘ Mana tak sedih? Masa emak melahirkan lami di dunia tak
cacat. Tapi bila separuh umur hingga
mati, kami terpaksa menanggung kecacatan
Di Konggo kami sebagai Pasukan Keamanan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kami berhadapan dengan pemberontak bersenjata. Pemberontak tidak mengenal Pasukan Pengaman Dunia. Mereka ikut nafsu dan selera sahaja
melepaskan senjara. Kalau nak selamatkan
diri, takkan senjata tidak dihunuskan?
Sebelum pergipun kami diajarkan bermain senjata. Wajah ayah, ibu dan makwe menjadi perangsang
kami berdepan dengan musuh. Kalau kita
hendak balik ke Tanah Melayu untuk berjumpa ayah, ibu dan makwe, kita mesti
berani mengalahkan musuh. Kalau kita
penakut, entahlah…… Dapatkah kita
berjumpa dengan makwe?
Semasa coretan ini disemak oleh
anakku, mulutku kumat-kamit mendendangkan
sebuah lagu kenangan kami semasa aku melangkah pergi. Lagu itu bukan daripada Allhyarham Saloma
atau Fazidah Jonet. Tapi yang dibisikkan
oleh makweku. ‘ Sekapur Sirih Seulas Pinang. Diberi bekal buat perangsang…. ‘,
Anak menunjukkan coretan yang telah disiapkan. ‘ Abah menangis? Kenapa bah?, tanya anakku yang merasakan
kepiluaan bersama. ‘ Abah sayangkan
Malaysia. Sesungguhnya perkhidmatan abah
dalam askar sungguh menggamit kenangan ‘.
Brorey Marantika – Tiga Malam
Fazidah Jonet – Pewira
Kartina Dahari – Tinggallah Mustika Hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan