‘ Assalammualaikum. Kak Long jatuh dalam bilik air. Kak Ngah beritahu sahaja. ‘, aku mendapat
berita sedih daripada Kak Ngah.
Pagi-pagi selepas subuh baru aku memberitahu isteriku. Takut dia tergolek anjing. Yang sakit menunggu sihat. Yang sihat pula mesti meneruskan hidup. Ustaz tersenyum mencuri perkhabaran ini. ‘Saya dah bercakap dalam Radio Klasik. Ingat semasa sihat. Ingat semasa kaya. Ingat semasa senang. Ingat sebelum mati. Ingatlah jangan dengar saja? ‘.
Aku sentiasa menghidu Kak Long yang
rebah tiba-tiba. Siapa yang ada di rumah
semasa Kak Long jatuh? Mulut Kak Long
berbuih ke semasa dia tak sedarkan diri?
Kak Long di hantar ke Hospital Johor Baharu Telefon rumah berdering-dering. Aku capai telefon dan menjawab pendek. ‘ Dah tahu ‘, sambil meletakkan telefon. Aku
terus ke bilik air mengambil air sembahyang.
Usahaku tak seberapa. Tapi aku
mesti panjangkan doaku kepada Maha Pencipta dalam solat hajat.
Dalam kereta aku terus berbual dengan
Kak Long secara ilusi. ‘ Kak Long tak hendak baju raya. Kalau adik nak kasi, berikan Kak Long duit
sahaja. Dapat Kak Long membeli keperluan
rumah. Kak Long dah tua dik. Pemberian adik diucapkan terima kasih. Kak Long tetap ingat walaupun badan dikandung
tanah. Kak Long ada anak-anak, tapi tak
sama dengan anak-anak adik. Mungkin Kak
Long menerima pusaka abah. Kesenangan
yang dikejar oleh manusia tak pernah mengunjungi rumahtangga Kak Long ‘.
Kak Long memejamkan mata. Mungkin dia pening yang teramat sangat. Tapi suara hati Kak Long dapatku dengar
seperti titisan hujan di gigi atap.
‘ Anak-anak perempuan Kak Long
dah lepas. Tinggal anak-anak lelaki yang
selalu Kak Long joloknya bila nak berumahtangga. Kak Long tunggu daripada anak lelaki
membawa khabar gembira. Mungkin
dia dah lali nak berumahtangga. Buah
yang ditunggu-tunggu tak juga jatuh-jatuh.
Tapi Kak Long yang jatuh dalam bilik air ‘, cerita Kak Long dengan mata
yang berair.
‘ Pukul
berapa adik bertolak? Semua
adik-beradik susah bila Kak Long jatuh.
Pengajaran abah tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Orang miskin macam murid-murid bisu dan
pekak. Fikirannya terpahat buat
selama-lamanya dengan pengajaran guru yang memberi fakta tidak betul. Abah berpesan sebelum matanya tertutup
rapat. Masa itu kita adik-beradik
menjadi saksi bisikan abah yang terputus-putus.
Air mata kita menyirami pesanan abah masih subur sehingga kini. ‘ Bersatu. Tolong-menolong antara satu sama
lain. Kalau cubit peha kiri, peha kanan
terasa sakitnya. Jangan jadi enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing ‘.
Aku menyapu
air mata yang basah di pipi. Kak Long
macam membuka matanya. Sekilas itu
matanya dipejamkan semula. Kak Long
dibasahkan dengan air zam-zam di mulut dan mukanya. Kak Long tentu merasakan sejuk dan nyaman
bila air zam-zam mengalir ke kerongkongnya.
Begitulah juga agaknya Nabi Ismail berhenti menangis bila Siti Hajar
mendapat air yang mengalir di perigi zam-zam.
Dalam
kegembiraan tentu Kak Long merasakan kepahitan hidup. Kak Long tentu tersinggung hatinya bila aku
memarahi anak-anaknya. Kak Long tentu
nak bawa diri sekeluarga jauh-jauh. Berita Kak Long sekeluarga menjadikan lidah
kami kelu berkata. Tiada jawapan yang
dapat kami berikan bila orang kampung bertanyakan khabar berita Kak Long. Kereta aku membelok ke kiri menuju
hospital. Anak-anakku menggeliat
melepaskan penat bersandar duduk di kerusi kereta terlalu lama. Aku masih duduk di kereta sambil menggemaskan
makanan dan kotak-kotak minuman.
Ustaz membuka pintu menyuruh aku
keluar. Aku tercengang bila ustaz yang
selalu bercakap dalam Radio Klasik sebelum masuk waktu zohor dan asar
mengingatku lagi. ‘ Kalau kita berpecah-belah baliklah ke pangkal jalan. Al-Quran sajalah yang jadi petujuk dan
pegangan kita. Kalau adik-beradik
berselisih faham, tak salah kita mendengar semula pesanan abah dan mak ‘,
katanya sambil menutup pintu kereta. Betul
kata ustaz kerana peribahasa Melayu ada mengatakan, biduk lalu kiambang bertaut.
ACHIK MAN
(Osman bin Zailani)
Kampung Jawa
Kelang.
Serunai
Malam - Beng Slamat
Nak Dara
Rindu - P Ramlee
Berkorban
Apa Sahaja - Jamal Abdillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan