‘Hujan jatuh ke
langitttt. Salah tu bang. Perasaan abang sahaja. Hujan tetap berderai ke bumi. Kadang-kadang saya
tadah air hujan. Basuh lantai simin
depan rumah. Biarlah simin bersih dan
kelihatan ceria di mata. Umur abang dah
tuaaa. Abang duduk rumah sahaja. Biar sahaja saya bersihkan rumah. Nanti kalau dah semput atau demam, siapa yang
susah? Saya juga yang susah atau Akak
juga yang susah. Anak-anak boleh balik tapi
saya tak sukakan susahkannya’, bebelku sambil merenung hujan yang mencurah-curah.
‘Teka-teki dulu belum jawab lagi. Susah juga nak cari jawapannya. Mula satu.
Kemudian dua. Tambah lima. Tinggal dua.
Tolak satu. Apa dia?, kat abang
sambil duduk merenung air hujan. ‘Abang
ni dah tua-tua masih bergurau lagi.
Tenguk anak-anak dan cucu-cucu segan saya’. ‘Apa nak segan. Makin tua makin erat kita. Biar anak-anak dan cucu lihat. Harap-harap anak-anak dan cucu-cucu tiru
macam kita. Ini tidak tiga bulan
berumahtangga sudah berkelahi. Masib tak
baik suami bersilat dan isteri bergusti ‘, balas abang lagi.
‘ Berilah jawapan teka-teki abang tu. Dah tua-tua benak otak saya ‘. Suamiku suruh saja simpan teka-tekinya dalam
poket. Dia mengulangi semula hujan yang
dimaksudkan. ‘ Percik air di dulang, terpercik
muka sendiri. Dulu kata abah dan mak, sekarang
kita yang mengalaminya. Awak tak rasa
sunyi ke hidup ini? Makan berdua? Tidur berdua?
Bual berdua? Kadang-kadang bersihkah
laman rumah berdua ‘, rungut abang perlahan.
‘Nak buat apa? Dah nasib.
Serah saja kepada Tuhan ‘, jawabku ringkas.
‘Abang tak usik pun ikan parang yang abang beli? Tak sedap ke saya masak asam pedas campur
lobak jeruk? Abang juga yang suruh saya
cairkan kuahnya. Senang hirup. Kuah dan ikannya manis‘, kataku sambil
menyuas nasi. ‘Dulu abah makan ikan tak?
Awak yang masak ikan pada pukul 3 petang. Orang dah pun makan. Awak baru nak masak. Abah kata bahawa ikan baru naik laut. Rupa-rupanya penyakit abah telah menjangkit
saya. Awak masih sedap masak tapi tekak
saya yang buat hak’, kata suamiku mengamit kisah lama.
‘Kenapa awak masak pais ikan kasih madu? Yang suka ikan kasih madu ialah anak-anak
kita. Saya takut makan ikan kasih
madu. Tulangnya banyak. Nanti awak dapat madu pula?‘, seluruhku
kepada isteri yang mencubit kakiku. ‘ Saya
teringat anak-anak kita. Mereka tu suka
makan ikan pais. Kadang-kadang lebih
ikan daripada nasi. Sekarang mana nak
makan ikan pais? Balik rumah dah pukul 5
petang. Penat budak-budak tu melayan
karenah cucu-cucu kita’.
‘Soalan saya masih lagi tidak berjawab. Awak sunyi tak?‘, kata suamiku. ‘Sunyi bang.
Dulu masa anak-anak bersama kita, nasi seperiuk tak cukup. Saya basuh tangan masak nasi lagi. Abang juga berhenti sekejap tunggu nasi
masak. Anak kita 5 orang tu rapat pula. Abang tak izinkanaya masuk perancang
keluarga. Ini ikan pais sebungkus pun
tak habis. Abang tak makan. Takut saya
dapat madu. Dah tua-tua dapat madukan
bagus. Suruh madu saya masak
sedap-sedap. Jangan lupa bubuh madu
dalam lauk-lauk’, sendirianku membuatkan suamiku ternatuk-batuk.
‘Mari kita jengah anak-anak di Kuala Lumpur. Naik bas ekpres saja. Nanti suruh mereka ambil kita’, pelawaku
kalau umpannya mengena. ‘Malaslah. Dah berbuih anak-anak dan menantu-menantu
kita membuang pelawa. Macam-macam alasan
abang buat. Ayamlah. Lembulah.
Kelas di suraulah. Awak ingat tak lakonan saya bila pujukan anak-anak
bertubi-tubi macam perang di Iraq. ‘Maaf
Along. Maaf Agah. Maaf Uda.
Maaf Acik. Maaf Usu. Abah bukannya tak sudi. Abah dan mak rasa bahawa rumah ini dunia kami‘,
jawapanku membuat semua anak-anak mengeleng-gelengkan kepala.
‘Berapa kali awak dah pergi ke rumah anak-anak?‘, soal
suamiku ‘Tak banyak. Dekat-dekat 20 kali. Itupun semasa anak-anak dan menantu-menantu
melahirkan cucu kita. Awak pergi
beberapa kali sahaja. Takut rumah kena
curi. Takut budak dadah masuk
rumah. Abangkan pernah juga kata bahawa
rumah ini dunia kita‘, sendirku lagi. ‘ Kita
tak ada rumah. Rumah yang kita diam ni sekarang
adalah rumah pusaka peninggalan abah dan emak.
Adik beradik lain tak mahu.
Mereka dah ada rumah sendiri.
Sebab itu abang mengatakan rumah ini duniaku’, suamiku membuat
penjelasan.
‘Masa kita muda-muda dulu, abang selalu mengulang kata-kata.
Kita hidup dan mati bersama. Macam mana kalau saya mati dahulu? Abang nak ikut saya mati bersama?‘, kataku melemparkan
soalan untuk menguju hati suamiku. ‘Kitakan
hidup berdua sekarang. Ceritalah perkara
lain, seolah-olah kita hidup seribu tahun lagi.
Kalau nak mati bersama, kita kena berdoa kepada Allah. Macam cerita Laila Majnun. Jom kita berdoa lepas sembahyang. Teka-teki saya tak juga jawab. Kalau betul
saya beri hadiah. Kalau salah awak beri
saya hadiah pula‘, kata suamiku sambil
tersengeh. Kalutttttttttt abang ni.
ANA LEMAN
Muar
Tiada Kata Secantik Bahasa - P
Ramlee
Asmara Terkenang - Neng Yatimah
Hasrat Bersama - Suhaimi dan Hasnah Tahar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan