April 29, 2013

SELAMAT 2



            Keputusan SPM 2011 dah lama diumumkan.  Rakan-rakan sekolaku telahpun mendaftar melanjutkan pelajaran. Aku menunggu buah yang tak gugur.  Slip peperiksaan SPM kurenung mengenangkan nasibku pada masa depan.  Empat Kepujian, empat Lulus dan dua Gagal.  Aku juga telah mewar-war dalam ADILA .  Macam mana kalau Pengetuaku bertanya kepada sahabat-sahabatku yang lain?  Mana muka nak sorok?  Dia memang berharap kepadaku.  Aku dah khabar kepadanya bahawa aku tak pandai.


            Sekali lagi aku jadikan ruangan ADILA untuk mantan Pengetuaku merenung kembali anak-anaknya yang ditinggalkan. Dia tentu ingat. Murid yang selalu mengedarkan surat khabar dan mengambil kapur di pejabat. Aku bukan penganggur,.  Macam-macam kerja yang aku buat selepas  menamatkan tingkatan lima.  Aku kerja pam minyak.  Aku basuh pinggan di kedai makan.  Aku bekerja di pasar raya. Aku kerja di pasar ikan.  Macam-macam aku rasakan tapi tak lama.  Cepat jemu dan bosan.  Gajinya tak seberapa tapi tenagaku diperah macam basuhan pakaian.

            Aku memang nak jadi chef.  Kerjaya chef macam jurutera juga.  Chef duduk di dapur.  Jurutera duduk di workshop.  Kalau rajin, gaji chef pun boleh tahan.  Kalau tak betul tanyalah chef-chef terkenal. Chef yang sudah terkenal ada yang diambil pula dalam perfileman walaupun tak sepenuh masa.  Chef yang terkenal juga diangkat sebagai motivator.  Manakala chef yang ada suara pula dihimpit-himpit oleh pihak tertentu untuk menjadi seorang penyanyi.  Tapi aku belum berjumpa chef yang menjadi Menteri atau Perdana Menteri.

            Kalau ditanyakan cita-cita dalam kelasku semuanya tidak berpijak di bumi nyata.  Aku hanya menggantungkan cita-cita di dahan yang boleh dicapai tangan.  Memang tidak sama dengan analogi Cina.  Aku takut ianya terjatuh benyek dan melukakan kalbuku.  Selepas tingkatan lima, aku telah menyiapkan diri untuk menjadi chef. Aku berlanggan dengan kedai untuk mendapatkan majalah masakan.  Ada yang aku cuba dan ada yang aku lihat sahaja.  Nak buat perlukan empat orang untuk hidangan.  Kadang-kadang bahan-bahannya mahal dan perlu dibeli dalam kuantiti yang besar.  Gelagat aku ini tentu diketawakan oleh rakan-rakan perempuanku dalam kelasku dahalu.

            Pada hari Sabtu dan Ahad pula ramai keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan.  Setiap keluarga mempunyai cita  rasa yang berlainan.  Oleh itu mereka boleh memilih pekej yang dikenakan antara RM 8.00 hingga RM 15.00 satu kepala.  Di sini aku membantu tukang masak untuk menyediakan menu makanan untuk majlis perkahwinan.  Aku dapat ilmu menyediakan nasi birani untuk keluargaku.  Tidak payah upah orang atau membelinya di kedai.  Bukankah cara ini aku dapat menjimatkan duit.  Wang amat bermakna bagi keluargaku yang pekerjaannya tidak menentu.  Di sini aku membenarkan kata-kata orang.  Ada kerja ada duit.

            Aku masih lagi merenung nasibku.  Wajah yang ada di mana-mana adalah Pengetuaku.  Kenapa aku tidak dapat menyorokkan diri?  Aku jauh dia dekat.  Aku dekat dia lagi bertambah dekat.  Dia akan tanya aku seperti semasa aku mengedarkan surat khabar dan mengambil kapor di pejabat dulu.   Keadaan aku yang mengelamun ini diperhati oleh tauke Kedai Makan 1 Malaysia.  Kepalaku yang teranguk-anguk dan mataku mengeleng-ngelengkan muka tauke yang memerhatikanku sekian lama.  Permasalahan yang tidak selesai menyebabkan aku meminta teh secawan lagi.  Aku mesti membuat nilai tambah pada diriku.  Aku mesti mengikuti kursus-kursus masakan secara percuma dan berbayar yang diiklankan di surat khabar.  Keputusan aku adalah  muktamad, seperti yang diperkatakan oleh pengelola sesuatu pertandingan bahasa di peringkat daerah semasa aku mewakili sekolah dulu.

            Air mata mengalir keluar.  Kawan-kawanku sudah hilang entah ke mana?  Lenangan air mataku adalah nasihat  pengetuaku yang tidak lagi merubah nasibku..    Awak bukan tak pandai, tapi malas sahaja.  Hidup zaman remaja ni mesti kawal.  Awak mudah masuk kandang lembu, reban kambing dan reban ayam..  Tunmggulah orang sembelih awak jadikan lauh jamuan.  Semasa belajar, awak mesti ada fokus dan matalamat.  Gantungkan cita-cita awak di dahan yang awak boleh capai..  Awak boleh capai walaupun cita-cita anda menjadi cheaf sahaja..  Gaulkan pengalaman hidup yang sukar itu menjadi masakan yang sedap hingga nenjilat jari..  Masakan itu hanya sedap sahaja.  Tapi tanyalah tangan anda sendiri “, kata pengetuaku sambil menanggal cermin mata.

Tiba-tiba tanganku tersentuh jam tangan.  Masa menunjukkan pukul 9.00 pagi.  Aku membelek-belek jam tangan yang kubeli dengan gaji pertamaku.  Jam itu mencatitkan 15 Mei.  Esok 16 Mei akan menjelma.  Aku teringat Hari Guru yang pernah kusambut setiap tahun di sekolah.  Aku tergambar depan mataku seorang guru sedang mengalukan dua buah lagu di depan guru-guru dan anak-anak muridnya di dewan sekolah.  Dia bukan sahaja boleh mentadbir dan mengajar dengan baik saja, tetapi dapat menghiburkan pendengar-pendengar dengan keistimewaan suaranya yang diberikan oleh Allah.  Tanpa kusedari air mata mengalir ke pipi. Suaranya beralun-alun dibawa gelombang ke tengah laut.  Lagunya masih segar iaitu, ‘Selamat Tinggal Bungaku dan Kenang Daku Dalam Doamu’ mengakhiri kariernya seorang Pengetua..  Beberapa orang pelajar dan guru memberikan sekuntum dan sejambak bunga.  Bunga yang dipegangnya masih segar lagi hingga hari ini. Itulah nasihatnya kepada aku yang mungkin dibawa mati nanti. .  .

SELAMAT BIN AMAN
Bekas Pelajar SMK Tun Perak
Johor

Lagu-lagu Pilihan

Fadhil Ahmad                -           Nasib Panjang
Al-Idrus                         -           Merenung Jiwa        
A Karim                                    -           Hancur Jiwa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan