Tatapan
Abang Dolah yang diingati
Semoga sihat
selalu
Pertemuan kita berakhir 24
Mei. Walaupun kita dibatasi oleh negeri
Pahang dan Terengganu, tapi itu cuma fizikal sahaja. Kata orang tua, jauh di mata tetapi dekat di
hati. Kasih sayang kita amat dekat
walaupun seorang di Kelantan dan seorang lagi di Johor. Tambah orang tua lagi, ikan di laut asam di
darat dalam periuk bertemu juga.
Aku beberapa kali hendak
mengenal abang dari dekat. Abang cuba
mengelak pertenyaan saya yang mungkin menyentuh peribadi. Abang hanya mengatakan bahawa abang orang
kampung. Pertanyaanku yang bertubi-tubi menyebabkan aku setuju
dengan pendirian abang. Akulah
sebenarnya budak kampung. Orang kampung
dan budak kampung tiada bezanya. Hanya umur
abang enam depa di depanku.
Pertemuan kami banyak
membincangkan aspek sosial. ekonomi dan politik. Tak payahlah kita bercakap tajuk itu kalau
uban di kepala sudah putih dan telinga pula macam rusa yang menangkap bunyi
suara. Abang Dolah tak tidak menjadi
masalah menukarkan tajuknya,
Kata-katanya berlandaskan al-Quran.
Bila abang Dolah menjadi pendakwah bebas? Dia dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dan
membuat ulasan. Abang Dollah berupaya
melekakanku dengan suaranya yang bergemerisek apabila membaca ayat al-Quran
dengan lagu dan tajjuid. Siapa itu abang
Dolah?
Abang Dolah memang mencabar aku. Dia minat membaca buku. Satu hari dia meminjam buku-buku di
perpustakaan. Adakah orang kampung yang
kubur sedang memanggilnya minat membaca buku-buku ilmiah? Orang kampungku sudah terbongkang
keletihan. Getah mesti ditoreh. Buah kelapa sawit mesti disabit. Aku mentelah lagi bahawa Tokoh Membaca yang
diberikan kepada Perdana Menteri itu salah.
Patutnya abang Dolah yang lebih layak.
Sekali lagi saya terduduk dibuat oleh tepisan Kelantan abang
Dollah. Soalannya masih terngiang-ngiang
di telingaku. ‘ Apakah falsafah 1
Malaysia? ’, katanya menunggu jawapanku.
Aku sentiasa mencuri
perhatian kepada abang Dolah setiap pagi.
Tiada satu barang pun di atas mejanya.
Seolah-olah abang Dalah seorang ketua di pejabat. Mana ada boss yang bebukit-bukit fail di atas
mejanya. Sebelum pergi kuliah bersamaku,
abang Dolah menegagkan cader sambil menepuk-nepuk bantal dan tilam. Kain selimut yang dipakainya berlipat dan
diletakkan di atas bantal. Tuala mandinya
tersedai di tempat yang ditentukan.
Allahyarhan abahku tak buat macam itu.
Penat emak berleter setiap pagi.
Kain pelekat macam ular sawa. Tuala mandi macam tahi lembu. Siapa sebenarnya abang Dollah?
‘ Awak dah pergi negeri-negeri
seluruh Malaysia?, soalnya pendek. Aku
hanya pergi Johor dan Melaka saja. ‘
Saya dah pergi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Pahang dan
Terengganu. Pergilah negeri-negeri
lain, Banyak berjalan luas pandangan,
lama hidup banyak dirasa. Penat kerajaan
membuat promosi melawat Malaysia. Saya
pergi jalan-jalan sahaja. Saya suka
jalan-jalan’, kata abang Dolah mengajak aku berfikir di luar kotak. ‘ Mana orang kampung suka jalan-jalan negeri
orang. Sehari suntuk cari rezeki. Ada yang tinggal anak isteri kerana mencari
rezeki di negeri orang. Agaknya abang
Dolah jadi taukeh balak tak?, percakapanku dalam diri.
Perangai abang Dolah yang
aku suka ialah menepati waktu kuliah.
Kadang-kadang ia pergi dulu dan kadang-kadang kami pergi bersama. Disiplin abang Dollah menepati ungkapan
pemerintah negara, iaitu Kepimpinan Melalui Teladan. Kalau nasibku macam abang Dolah bagus. Aku terpaksa menanti para hadirin untuk
memulakan mesyuarat. Dengan itu
mesyuaratku nak cepat habis, tak diperhalusi dan nak cepat balik. Ahli Jawatankuasa lebih penting daripada inti
mesyuarat. Sebab itulah kita selalu
menari di tanah tinggi rendah. Takut terjatuh
atau tergelincir. Maka tarian yang
dipersembahkan sumbang dan kurang seninya.
Pada hari akhir kursus kami
megemaskan beg pakaian. Pada hari itu
hari khamis. Semua pegawai kerajaan
mengenakan baju batik. Aku terlupa nak
bawa baju batik. Baju batik abang Dolah
berjenama. Kalah baju yang aku tempah dulu.
Adakah orang kampung memakai baju batik yang sedemikian rupa? Biarkanlah kalau orang kampung hendak
merasakan baju batik yang mahal. Aku
sudah nampak rumah-rumah yang ditinggalkan.
Rumah yang terletak di Johor menjadi dekat di mata. Abang Dolah melipat pakaian kotor dalam
beg, Kami berbual kosong tanpa
berhenti. Abang Dolah menyepitkan kaki
seluar panjangnya di dagu. Setelah sama
keadaannya barulah dia melipat dua dan seterusnya. Perbualanku terhenti melihat abang Dollah
yang agak luar biasa daripada kawan-kawan yang pernah sama kursus. ‘ Biasalah. Saya dah biasa dengan kerja ini ‘, katanya
dengan segan-silu apabila aku memujinya,
Hatiku berdetik lagi dan jantungku berdenyut dengan kuat. ‘ Siapakah abang Dolah? ‘.
Abang Dolah membuat
panggilan pada hari minggu dari Kelamtan.
Panggilan itu tidak dapatku jawab kerana tertinggal talefon
bimbitku. Aku cuba menjawab panggilan
abang Dolah. Tapi panggilanku pula tidak
dijawab. Aku boleh menghantar SMS
saja. Tapi hatiku nak dengar suara abang
Dolah macam di bilik tidur. Abang Dolah selalu
bercakap dengan mengejek-ejek tarian Mak Yong,
Memang abang Dolah ada bakat penari Mak Yong. Tapi cukuplah sekadar aku memutarkan lagu-lagu
ghazal yang mungkin abang Dolah jarang-jarang mendengarnya. Semuanya ini menjalinkan kasih sayang yang
tidak bertepi.
Daripada adikmu
AZMAN BIN JAFFAR
Johor
Lagu iringan (Lagu-lagu ghazal yang selalu dinyanyilan abang Dolah):-
Fadzil Ahmad - Dia Datang
Rosiah Chik - Bunga Tanjung
Fadzil Ahmad - Nasib Panjang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan