April 29, 2013

ISTERI RAHMAT



Aku menanti kematianku. Tak menjadi.  Mataku dipejamkan  rapat-rapat.  Esok aku menanti lagi dengan hati yang terbuka untuk menyerahkan diri kepada  Allah.  Masih lagi tidak menjadi.  Rupa-rupanya diriku telah ditetapkan oleh Allah tiga tahun lagi.  Senang atau susah aku tetap bersama suami tersayang.  Perkongsian hidup dengan suamiku dikurniakan empat orang anak.  Antara kami dan anak-anak adalah seperti nahkoda melayarkan bahtera masing-masing.  Lihatlah siapa yang dahulu sampai ke destinasinya.

Karenah penyakitku menyebabkan aku ditahan oleh hospital.  Aku mampu terlentang di atas katil.  Makanan yang disuap oleh suamiku tidak mengembalikan tubuhku seperti asal.  Pagi dan petang menjadi rutin suamiku mengelapkan badanku yang tidak mampu disolekkan sendiri.  Kadang-kadang suamiku terlatah mendodoikan aku lagu ‘Tidurlah Permaisuriku’, melihatkan aku masih belum lelap. Air mataku bergenang memikirkan nasib diriku.
Ada anak tidak menjanjikan hidup semasa tua.  Anak kata boleh tapi menantu kata tak boleh.  Lebih malang lagi kalau anak mengatakan tak boleh dan menantu pun mengatakan tak boleh.  ‘ Emak sakit menyebabkan perbelanjaan saya bertambah. Minyak nak tuang menjenguk mak.  Tol hendah bayar berkali-kali.  Mak menderita dengan penyakit mak.  Kami menderita dengan wang yang keluar macam air ‘, kata anak-anakku menyuarakan rintihan mereka.
Aku memang telah lama menanggung penderitaan.  Suamiku terpaksa bekerja di negeri orang untuk menambahkan rezeki.  Setiap minggu dia menjengukku sebagai tanggunjawab seorang suami.  Apabila aku terlantar tidak bergerak, dia menghantarku ke hospital.  Dia mengambil keputusan tidak bekerja lagi.  Agaknya, ini sumpah setianya yang dilafazkannya semasa kami bercinta dulu.  ‘ Cinta kita bersimpul mati Nah.  Hanya cangkul memisahkan kita. Kita berikar untuk mati bersama ‘.
Aku selalu berjenaka dengan suamiku.  ‘ Abang tidak ke teragak nak kahwin lagi ’, aku memanjakan diri semasa dia membelai-belai tanganku yang tidak terangkat.  ‘ Hari ini umur abang genap enam puluh tahun.  Abang masih muda dan kuat bang’, aku cuba menyakinkan dirinya. Kata-kata ini sebagai ujian kepada suamiku.  Aku memberi umpan bermadu dengan sengaja, kalau-kalau suamiku sedang berselera menerkam umpan atau memikirkannya sejenak.
Suamiku tidak melayan pertanyaan gilaku. Dia tetap dengan kerja rutinnya.  Dia menyuapkan aku bubur yang diberikan oleh hospital.  Kadang-kadang dia menyuap sendiri ke mulutnya apabila aku menggeleng-gelengkan kepala.  Aku menyuruh dia kembali bekerja di Negara seberang.  Duit yang dapat sebagai pembantu restoran dapat menambahkan lagi pendapatan pencen abang.  ‘ Siapa  nak jaga awak di hospital?, katanya dengan renungan yang jauh.  ‘ Jururawat boleh jaga.  Jururawat tak macam dulu.  Semuanya baik-baik belaka macam anak-anak’, kataku meyakinkannya.
Setiap minggu dia melawatku.  Mukanya berpeluh-peluh.  Nafasnya terdengeh-denyeh kukedengaran semasa dia menciumku.  Bajunya tidak bergusuk dan kusut-masi. Segala-galanya tidak bermakna lagi.  Tumpuannya kepadaku sahaja.  ‘ Kenapa engkau merenung jauh.  Bibirmu bergerak-gerak seolah-olah hendak meninggalkan pesanan.  Telatah yang engkau tunjukkan membuatkan abang bertambah sayu.  Engkau sedang menuju ke alam yang penuh misteri ‘, kata suamiku sambil mengurut dadaku yang tiba-tiba tercungak-cungap.
Isteriku berbalik keadaan asal semula.  Dia menciumku sepuas-puasnya.  Dia telah kelu untuk bertanyakan anak-anaknya.  Namaku tidak kering dari sebutannya.  Mungkin itu telah tertulis di Loh Mahfoz.  ‘ Abang marah saya? Bolehkah abang tunaikan permintaan saya?  Mungkin inilah permintaan terakhir saya.  Memang berat abang melaksankanya dan lebih berat pula saya memintanya. Buatlah dengan segera supaya saya tidak kempunan menantikannya ‘, kata isteriku tersekat-sekat.
Permintaan ini bukan sembarangan.  Ditelan mati emak. Dikunyah mati bapa.   Setelah berbincang dengan anak-anak dan adik-beradik, aku menyerahkan semua keputusan kepada abang dan kakakku.  Dalam umur enam puluh tahun aku menduduki jenjang pelamin lagi.  Aku bernikah dengan seorang perempuan muda yang telah berumur empat puluh tiga tahun.  Anakku yang tua menyorong ibunya di kerusi geroda menyaksikan persandingku.   Mataku tidak berkelip-kelip memandang isteri tuaku kerana menahan sebak antara satu sama lain.
Setelah selesai majlis, rombonganku hendak pulang.  Kerusi roda ditolak pelahan-pelahan oleh anakku.  Aku dan isteri mudaku tidak kisah lagi dengan makna raja sehari.  Kami meluru mendapatkan isteri tuaku dengan melepaskan ciuman dan hujan air mata yang bercurahan.  Air mata yang mencurah-curah itu dalam keadaan cuaca panas dan berangin.  Bisikan isteriku masih terdengar-dengar lagi dibawa  angin yang bertiup lembut.  ‘ Selamat Pengantin Baru bang.  Cinta kita telah bersimpul mati buat selama-lamanya ‘.  Aku hanya menunaikan permintaannya.  Sampai masa kau pergi jua buat selama-lamanya.  Amin.

RAHMAT SAYU
Tanjung Pinang, Sumetera

R Ismail – Tidurlah Permaisuriku
A Rahman – Kenanganku
S M Salim – Kahwin Dipaksa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan