April 28, 2013

SELAMAT AMAN



          `Habis SPM aku telah diperakukan sekolah sebagai masyarakat,  Aku tak tahu kawan-kawan lain.  Aku dah tak ingat pelajaran, buku-buku, kawan-kawan dan cikgu. Apabila kaki melangkah pintu besar sekolah, aku menangis teresak-esak dan kepiluan membalut jiwa ragaku.  Kawan-kawan telah pulang ke rumah dengan slogan merdeka.  Aku di tempat basikal merenung fenomena sekolah dengan air mata yang berlinang.

Semua pelajaran telahku lupakan.  Pelajaran yang aku pelajari nak lulus SPM sahaja terbayang-bayang.  Orang yang selalu aku temui adalah Pengetua.  Bukan aku nak berjumpanya, tapi berselisih jalan.  Sebab itulah aku dikenali Pengetua daripada cikgu-cikgu lain.  Pengetua bertanya berulang kali seolah-olah dia tidak faham. ‘  Awak sihat?  Dah berapa bab awak sodah metelaah?  Kalau ada masalah jumpa di bilik saya?  SPM tinggal lagi tiga bulan ‘, katanya mengingatkan aku.
Kata-kata Pengetua masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.  Program Kecermelangan Sekolah dirancangkan untuk kami yang mengambil PMR, SPM dan STPM.  Aku pada masa itu aku tiada matlamat, tidak matang dan terpengaruh dengan kawan sebaya.  Pengetua berselisih jalan lagi denganku semasa aku menghantar surat khabar.    Awak ni saya lihat budak yang baik.  Matalamat hidup mesti jalas.  Pastikan awak tidak bercampur dengan budak-budak nakal.  Jangan suka ponteng sekolah? ‘,  dia mengingatkan aku sambil menuju ke kantin.

Pada suatu hari aku mengambil kapur di pejabat.  Pengetua melihat aku dari cermin muka di biliknya.  Dia keluar seraya menegurku.  Aku bersalaman dengan Pengetua sambil mencium tangannya.  ‘ Ada masalah?  Boleh saya tahu cita-cita awak? ‘, katanya membelik-belik buku persediaan mengajar guru.    Saya tiada cita-cita cikgu.  Saya tak pandai.  Saya memang tidak layak masuk matrikulasi, menyambung diploma, tingkatan enam dan mana-mana intitusi  yang menawarkan sijil‘, jawabku hambar tapi berani.  Pengetua menggeleng-gelengkan kepala sambil mengucap.
Kata-kataku mungkin mengecewakan Pengetua.  Dia bersungguh-sugguh hendak tahu juga cita-citaku.  Oleh kerana tertekan, maka aku mulalah bercita-cita semasa berada dalam tingkatan lima swmasa itu.  Cita-citaku penuh rahsia dan misteri.  Aku nak menjelaskan kepada Pengetua, tapi Pengetua lupa hendak bertanya agaknya.  Pelajaranku hanya menumpukan beberapa mata pelajaran, termasuk Bahasa Melayu.  Aku terpaksa mendengar nasihat azimat Pengetuaku, kalau aku nak menempah kejayaan.  Berkat doa Pengetuaku, pelajaranku sedikit meningkat.  Tak apalah.  Langkah dulu pada hari ini untuk menuju kejayaan akan datang.
Aku dah menganggap Pengetua sebagai bapaku.  Nasihatnya lebih bernas dan menggunakan psikologi daripada ibu bapaku yang tidak bersekolah.  Pada majlis persaraan Pengetua aku tidak dapat hadir ke sekolah entah apa sebabnya.  Pesanan dan nasihat Pengetuaku sebagai andang yang menyuluh kejayaan hidupku.  ‘ Untuk berubah kita mesti cairkan minda kita.  Dapat sahaja perubahan itu, kita bekukan[i] semula supaya perubahan yang berlaku itu tidak berubah ‘, katanya yang memberikan aku inspirasi.
Setelah air mata berhenti menitis, aku melangkah pergi dengan sebu dan rasa kehilangan.  Pengetuaku masih tidak tahu cita-citaku.  Aku dah tak malu lagi. Aku terpaksa mewar-warkan cita-citaku dalam rancangan ADILA ini kerana Pengetuaku tentu mendengar ADILA yang menjadi teman sunyinya.  ‘ Saya hendak menjadi seorang chef Pengetua.  Chef yang ada pelajaran dan boleh pergi jauh.  Saya akan buktikan, saya lebih baik daripada kawan-kawan yang tidak pernah berjumpa Pengetua ‘.  Aku bersyukur kerana Pengetuaku diibaratkan ayahku, manakala sekolahku adalah rumahku. 

Selamat bin Aman
Bekas Pelajar SMK Tun Perak Muar

Lagu-lagu Pilihan:
Rahim Omar – Malam Terakhir
S M Salim – Nasib Si Ponggok
Sudirman Hj Arshad – Warisan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan