April 28, 2013

SDAD



‘ Awak nak ke mana?’, sergah isteriku.  ‘ Rumah sakit.  Hari ni kan ada temujanji doktor ‘, jawabku sambil menyarung kemeja T.  Setelah mengambil nombor di hospital, aku terpelesuk di kerusi  dalam baris ketiga sambil membaca suratkhabar.  Doktor belum tiba lagi tapi kerusi menunggu dah penuh.  ‘ Orang dah faham dengan kesihatan.  Tak tunggu sakit menjemput.  Baru terdengeh-dengeh nak jumpa doktor.  Padanlah umur persaraan  Kakitangan Kerajaan sehingga enam puluh tahun.

Penglihatanku terpukau pada seorang lelaki berumur lebih tiga suku abad.  Raut mukanya kempung dan cenkung.  Giginya tinggal dua batang dan bergoyang-goyang semasa bercakap.  Baju kemeja T dan tali pinggangnya berjenama.  Manakala seluarnya berfesyen lama dan bergosok.  Dia cukup peramah dan sentiasa berbual dengan orang ramai yang hendak berjumpa doktor.
Pengunjung sentiasa beralih tempat duduk.  Sambil membaca tajuk khabar, dia bercakap dalam bahasa Inggeris dengan fasih dan lacar.  Dia mesti pesara kerajaan.  Topik yang dibualnya isu semasa.  Orang Cina yang menjadi temannya berbual, hanya mendengar coletehnya kerana tidak mampu mendengar kefasihannya berbahasa Inggeris.  Aku bergerak ke depan dan akhirnya duduk di sebelahnya.
Aku bersapa dengannya.  Dia menjawab pendek kerana batuknya tidak reda-reda.  ‘ Siapa nama pakcik?  Pakcik seorang ke? ‘, aku membuka tirai perbualan.  Dia membalas pertanyaanku dengan satu renungan yang tajam dan matanya macam berair. ‘ Pakcik orang sini, tapi orang rumah dan anak tunggal pakcik di seberang ‘, katanya memulakan perbualan.
‘ Adakah pakcik seorang pesara kerajaan? ‘, tanyaku lagi.  ‘ Guru sekolah menengah di sini dulu.  Pakcik aktif sukan.  Pakcik aktif dulu dalam Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara.  Anak-anak buah pakcik ada yang telah menjadi Jurulatih Negara.  Nafasku mula tercungap-cungap.  Mataku mula berair. Aku merenung tepat sambil berdiri.  Dia juga berdiri sambil bertanya macam terperanjat tiba-tiba. ‘ Sakit.  Sakit apa? ‘, sambil dia mengarahkan orang membawa juri.  Dia mendakapku dengan erat supaya tidak tumbang.
Aku tak sakit.  Aku menggomelnya sepuas-puas.  Aku mencium tangannya  macam seorang kanak-kanak yang hilang telah berjumpa semula bapanya.  Aku memeluknya erat sehingga dia terasa lemas agaknya.  ‘ Inikah cikgu si polan bin si polan. Inikah cikgu yang mengajar saya ilmu alam semasa tingkatan satu dan dua dulu. Dia hanya mengangguk-anggukan kepala.  Aku melepaskannya,  sambil merenungkan masa tiga puluh tahun aku mencari cikgu hampir berputus asa.
‘ Mana cikgu pergi?, kataku yang ketagih kerinduan.  Bayang-bayang cikgu sentiasa menjelma.  Cikgu sentiasa memakai baju putih lengan panjang dan seluar berwarna gelap. Cikgu tak banyak cakap, tapi suka mendengar cakap-cakap murid.  Cikgu banyak mengenali masalah kami semasa cikgu melatih kami badminton, sepaktakraw dan hoki.  Cara cikgu berjalan dan ayunan tangan kanan sentiasa menjadi igauan kami.  Satu perkara yang cikgu mungkin tak tahu, atau biarkan sendiri benda itu berlalu tanpa tidak pedulikan oleh cikgu ialah senyuman.  Senyuman cikgu paling mahal di dunia.  Senyuman cikgu adalah satu sedekah kepada murid-murid yang bermasalah tiada penghujungnya.
‘ Anakku. Terima kasih kerana mencari ayahmu.  Engkau bukan muridku dan aku bukan cikgumu.  Engkau dan aku adalah satu.  Aku bersyukur kerana berjaya mendidik engkau  lebih daripada anakku sendiri.  Aku belum pernah berjumpa insan seperti engkau.  Ilmu ditatang dan ibu bapa dikendung.  Lebih kurang dua puluh tahun, ayah menyepikan diri di negara orang selepas bersara.  Isteri ayah telah meninggal dunia.  Anak-anak hasil perkongsian perkahwinan ayah, tidak meredakan kesedihan ayah.  Mereka sudah berkeluarga dan soal keluarga mesti diutamakan ‘, ceritanya sambil memegang bahuku.
 ‘ Pertemuan yang tidak dijangka seolah ayah mati hidup semula. Engkau telah memberikan ayah  nyawa segunung intan  sebelum mata tertutup rapat.  Ayah telah merasakan satu kepuasan setelah dipertemukan dengan engkau. Engkau dilahirkan di dunia ini memanglah seorang manusia.  Tapi, Allah telah mencanaimu menjadi insan yang tahu membalas budi.  Walaupun budi tidak pernah meminta pembalasan. Syukur ayah sekali lagi kepada Allah kerana cerita kita akan dikongsi sama peminat ADILA di ceruk rantau. Engkau telah berjumpa jalan yang lurus. Ayah harap inilah penawar rindu yang kita cari kerana‘ Cikgumu ayahmu.  Muridku anakku. ‘

KHAIRUDDIN ALADDIN
Taman Seri Temenggong
Johor

Ahmad Jais          -        Ambang Senja
S M Salim            -        Siti Payung
R Ismail                -        Seri Mersing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan