Sepasang merpati menjadi perhatianku. Dah lamaku intip gelagatnya. Nak tangkap tak dapat kerana terlepas lari.
Nantiku adukan kepada Jabatan Agama Islam. Tak segan ke kalau berpegang-pegang
tangan di tengah bandar. Cubalah anak-anak tenguk kelakuan ibu bapanya, tentu
segan nak letak muka. Masih tak faham-faham
lagi. Rumah kata pergi, kubur kata mari.
Begitulah aku perhatikan pasangan merpati tua dari jauh.
Hari itu merpati tua terpandang lagi. Kali ini mereka sedang melintas jalan. Sang isteri mengheret suaminya melintas
jalan. Sang suami tersenyum malu kerana
perihal isterinya yang tidak muak membelainya macam pengantin baru. Kenderaan-kenderaan
di jalan raya memberi hormat mereka melintas.
Sang suami hanya tersenyum dengan matanya yang kejam disebabkan panahan cahaya
mata hari. Sememangnya mereka dah tua tapi umur mereka dalam lengkungan awal
70han.
Satu hari aku terserempak lagi dengan pasangan
tersebut. Aku cepat-cepat meletakkan
kereta di petak letak kereta. Aku
mengajak pakcik dan makcik bersarapan di warung. Mereka tidak menolak pelawaanku. Aku bercerita panjang sambilku tuliskan dalam
buku kecil untuk dibuat coretan dalam ADILA.
Pakcik dan makcik memang tak kenal ADILA, tapi kalau mereka hanya kenal
ADUH LAH macam promo Klasik Nasional.
Pakcik dan makcik berumahtangga dalam usia warga emas. Pakcik berkahwin selepas ibu bapanya
meninggal dunia. Sementara makcik pula
berkahwin selepas suaminya meninggal dunia tanpa anak. Walaupun hidupnya tidak
seperti orang lain tetapi mereka bahagia walaupun kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Jodohnya dengan
makcik tidak pernah terfikir dalam benak hatinya. Rupa-rupanya mereka masih mencintai antara satu
sama lain. Cinta-cintan wargaemas lebih
dahsyat daripada cinta zaman remaja.
Cinta tidak mengenal orang cacat. Cita tak mengenal harta atau miskin. Cinta adalah perasaan halus dalam diri
seseorang yang dikongsikan bersama oleh seseorang sepanjang usia. Sebab itulah makcik sanggup mengherit pakcik
ke Baitul Maal, Pejabat Kebajikan Masyarakat dan lain-lain untuk mendapat
sesuap nasi. Biarlah pengguna jalan raya
marah dengan kami. Kami reda dengan api
kemarahan yang menjulang tinggi sehingga menyuluh masyarakat melihat
bayang-bayang kami sebenarnya.
Makcik tiada pilihan lain memilih pakcik sebagai teman
hidup. Makcik tahu bahawa pakcik tidak
dapat memberikan kebahagian rumahtangga dalam keadaan matanya yang buta
kedua-dua belah. Rumahtangga kami
bersandarkan kepada soal hati. Mata
pakcik buta selama-lamanya, tetapi hati pakcik merindui makcik buat
selama-lamanya. Dia tidak kenal soal
kecantikan manusia. Dia tidak kenal budi
bicara seorang. Baginya makciklah
segala-galanya. Makciklah yang sentiasa
menggamit kenangan bersama-samanya.
Pernahkah anak terpandang kami di kaki lima kedai meminta
sedekah sambil mengaji atau bermain alat muzik?
Pakcik mengharamkan perbuatan itu berlaku pada kami. Kami tak rela walaupun kita pernah mendengar
peribahasa ada mengatakan bahawa tangan kanan yang memberi tetapi tangan kiri
tidak tahu apa yang berlaku. Kami cari
makan dengan menjual keropok, anyaman dan kuih-kuih kering. Pengorbana kami biasanya
tak balik dengan tangan kosong.
Pakcik mendengar cerita isterinya dengan senyum. Sesekali dia membuka matanya yang kelihatan keputihan. Aku memasang telinga dan mencoretkan dalam
buku kecil. Selamai ini aku tak kenalpun
sepasang merpati tua ini. Kata bidalan
Melayu lama, tak kenal maka tak cinta. Cerita-cerita
pakcik dan makcik mula menunaskan cinta dalam hatiku. Biarlah pasangan merpati tua ini bebas
sebebasnya terbang rendah mencari makan.
Jinak-jinak burung merpati bila
dekat ditangkap lari. Terima kasih
pakcik dan makcik. Ceritmu adalah
ceritaku. Ceritamu itu akan kupahatkan dalam ADILA yang asing bagimu.
KHAIRUDDIN ALADDIN
Jalan Temenggong Ahmad
Johor
Lagu-lagu Pilikan
Ismail Kassim dan Asiah - Seiya Sekata
A Rahman - Cari Isteri
Ismail Kassim dan Asiah - Panduan
Kasih
ADILA syabas krn berjasa membuat penyampaian yang baik dan mudah diterima.. kisah2 yang remeh yang dipandang sepi masyarakat yang amat sibuk dengan kesuntukan waktu ini pastinya akan memberi sedikit sebanyak pengajaran suatu ketika nanti.. assalamualaikum
BalasPadam