Aku dah beberapa kali menyerah kalah. Iman aku tak kuat. Terpengaruh dengan kawan-kawan. Tapi kalau aku mati, adakah kawan-kawan nak
mati bersama. Kawan hanya menyambut
kematianku, ‘ Kasihan dia. Dia dah
meninggal dunia. Umurnya muda lagi ‘. Mati muda perkara biasa. Tapi aku nak berhijrah sejak berada di negeri
orang. Duduk di luar negara perasaanku
tidak memberontak. Segala-galanya tidak
menyedarkan aku kerana orang-orang sebangsaku hanya minoriti sahaja. Sekarang aku berada di Malaysia. Umurku sedang membuat pecutan terakhir
mencapai lima puluhan.
Mati tak mengira umur. Kanak-kanak mati Orang muda mati. Orang tua lagi mati. ‘ Allah tidak mempercepat atau melambatkan
kematian. Sampai masa kita pergi jua’,
kata tok guru menyeramkan bulu romaku.
Rasanya dah lama aku mendengar lagu ‘Selimut Putih’. Senikata lagu tu tak serik
mengingatkanku., Tapi aku tak juga
berhijrah. Satu hari aku membuka al-Quran. Orang menasihatkaku kembali kepada al-Quran
dan Hadis. Aku berjumpa dengan firman
Allah. Allah tidak akan melihat paras
rupaku tetapi ketakwaanku kepada Allah.
Aku menangis sekuat hati dalam bilik.
Siapakah yang dapat mememani aku ke arah jalan yang lurus? Semakin aku jauh daripadaNya, semakin itulah
aku tersesat jalan. Aku nampak Masjid
Negara atau Masjid Syah Alam, tapi aku tidak dapat bersuanya.
Adakah aku diberikan selimut putih
untuk berselubung dengan dosa-dosa? ‘
Hidupkan sekali. Esok boleh taubat bila
dah tua. Bukankah Allah itu bersifat al-Rahman
dan al-Rahim?, kata kawan-kawan cuba menyakinkanku. ‘ Kita tak buat jahat apa-apa. Tak usik orang. Cuma memperagakan diri buat orang lain kecur
air liur ‘, sampuk seorang kawan lagi.
Pandangan kawan-kawan aku tolak bulat-bulat. Pandangan itu merupakan orang yang akan menongkat
dunia seumur hidup. Dia akan mati seribu
tahun lagi. Aku dah tua. Lihatlah anak-anakku sekarang. Ada yang telah berani menegurku. Aku tak marah sedikit pun. Itulah peninggalan bapanya. Sejuk roh arawah bapanya dalam kubur. Anak lelakinya boleh jadi pemimpin dalam
keluarga.
‘ Anak-anak dah besar. Bukan satu, tapi tiga orang. Semua anak tutup lingkup. Macam mana aku? Aku
tergambar anak-anakku yang memadankan baju dengan tudung apabila diajak
berjalan. Kadang terlambat ke majlis perkahwinan
disebabkan oleh masa, jam dan jarak
perjalanan. Aku dan anak lelaki menunggu
dalam kereta. Aku memandang dua orang
anakku dari jauh. Mereka tergelek-gelek
naik ke kereta. Manisnya anakku
mengenakan tudung modennya. Keayuannya
tercerlah dengan berkebaya labuh yang bersulam.
Anak bungsuku mempunyai iras bapanya.
Lesung pipitnya lekuk ketika tersenyum mengesut punggungnya bergerak ke
kanan. Aku mengesat air mata dengan tisu
yang kukeluarkan dari beg tangan apabila terkenangkan aruah suami.
Berhijrah bukan soal tudung dan
pakaian sahaja. Aku teringat kata-kata
seorang sahabat. ‘ Dalam badanmu ada
seketul daging. Kalau busuk daging itu, busuklah tubuh kamu ‘,
pesanannya semasa kami sekeluarga menziarahnya di Pahang. Aku bercakap dengannya soal nak berhijrah. ‘
Kau nak apa lagi? Anak dah ada. Harta
merempah-ruah. Dalam umur begini dah tak
ada lagi hajat yang tak kesampaian. Jom kita
berhijrah. Nanti tak kesampaian bila
tunggu lama-lama. ‘ katanya lagi mengingatkanku.
Apa
kata orang lain? Aku berubah secara
drastik. Anak-anakku akan terperanjat
besar. Bukankah elok kalau aku memulakan
secara evolusi. Masyarakat tak nampak. Anak-anak tak ketara. Tapi Tuhan nampak. Segala tubuh badanku menjadi saksi bila aku berada
di akhirat nanti. Masalahku mungkin agaknya
tidak dilontarkan kepada orang lain. Mungkin aku segan nak melontarkan kepada
orang lain. Takut tidak ada orang yang
menyambutnya. Terpenyek nanti macam buah cempedek. Aku seolah-olah seperti seorang yang jatuh
dalam perigi buta. Terkial-kial untuk
menyelamatkan diri.
Kalau aku telah berhijrah ke mana
halaku untuk meneruskan perjalanan. Bolehkah aku berpatah balik sekiranya
mindaku nanti diusik oleh nafsuku? Apa
orang kata bila aku berpatah balik?. Orang
akan mengatakan matlamatku tidak jelas.
Aku tersesat jalan walaupun Islam itu satu cara hidup. Adakah aku mesti berfikir panjang lagi sebelum
berhijrah? Aku memang tidak mahu balik
ke pangkal jalan. Orang akan marah.
Tuhan akan murka kebiadapanku.
Akulah orang yang tidak bersyukur dengan segala pemberian Tuhan. Nasib kami sekeluarga lebih baik daripada
hamba yang lain. Macam mana aku
bersyukur kepada Allah?
Menuruti Rukan Islam kelima-limanya
belum menjadikan aku seorang insan yang bertakwa. Aku mengucap dua kalimah syadah, tapi aku
tidak memahami pengertiannya. Aku
sembahyang tonggang-tonggek, tetapi perbuatanku tidak ikhlas. Aku berpuasa
sebulan ramadhan, tapi memenuhkan meja untuk menjamu selera. Aku bersedekah di sana sini, tapi saudaraku
yang terdekat tidak siapa yang pedulikan.
Aku pula menunaikan ibadat haji ke Mekah, tapi pemergianku seolah-olah
sebagai satu tiket pakej pelancungan.
Entahlah memang susah hendak memulakan
benda yang baik dan meninggalkan benda
yang mungkar. Penghijrahan ini sebagai
menyusun langkah pertama. Pancang-pancang telah dicacakkan semenjak Nabi
Adam lagi. Kita tidak akan sesat kerana setiap pancang tersuluh cahaya yang
datang dari syurga. Aku mengajak
rakan-rakanku Radio Klasik dalam apa cara supaya merangkak, mengesut, berjalan
dan berlari dalam perjalanan kita terbang ke syurga. Aku terus memberanikan
tekadku walaupun masih tak sempurna.
Jom, mari kita berhijrah.
MAK LIJAH
Bandar Baru
Bangi
Lagu lagu
UNIC - Hijrah
S Affendi - Keagungan
Tuhan
AL-AJIBA - Maal
Hijrah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan