April 29, 2013

KAK NENG



          Kulitnya kuning langsat.  Tingginya 5 kaki 6 inci.  Rambutnya panjang sampai ke pinggang.  Sentiasa bersiput kemas walaupun tidak ke mana. Matanya sepet pula.  Orang boleh teka bahawa kak Neng bukan adik beradikku. Memang benar tekaan orang ramai.  Kak Neng anak angkat abah.  Orang Cina kasihan melihat abah.  Enam orang anaknya meninggal dunia sejak kecil lagi.  Jadilah kak Neng anak yang tua dalam keluargaku.  Dia pengikat kasih sayang abah dan emak sekeluarga. Abah dan emak tunggu lagi dapat cahaya mata.  Penantian mereka tak berhasil. Abah ambil 2 orang anak angkat lagi.  Kedua-duanya perempuan.  Seorang keturunan Melayu dan seorang lagi keturunan Cina.

LAUT



            Jumaat dan Sabtu memang kami tunggu.  Terasa rindu tidak terkira, walaupun kerinduan masih berputik.  Tempat jatuh lagi terkenang, inikan pula hamparan laut luas terbentang.  Dialah tempatku mengadu keperitan hidup.  Orang lain tak faham kehidupanku.  Kadangkala aku melaung sekuat hati supaya mereka tahu. Mereka bukan tak faham, tapi nasib merekapun serupa dengan nasibku.  Aku tak pernah ikut kata hati.  Kalau diikutkan sudah lama aku mati zaman kanak-kanak lagi.  Tapi segala tindak-tandukku disalahertikan oleh keluarga.  Aku masih budak sekolah.  Bukannya meminta simpati kepada laut.  Kadang-kadang laut boleh menelanku hidup-hidup bila simpatinya telah muak.

SUNGAI MEKONG



          Pagi Chiangmai melamar kami berkumpul di bawah hotel menaiki bas, Kedinginannya tidak terasa kerana kehangatan Sungai Mekong sentiasa mengalir dalam minda kami untuk mengetahuinya lebih dekat.  Bas terus merangkak termengah-mengah meyusuri jalan berliku-liku menuju ke Chiangrai.  Lamunanku berkocak tenang dalam mata yang tertutup rapat ditutupi oleh daun-daun longan dan sayur-sayuran.  Pemandu pelancong mengejutku tertidur semasa bas berhenti.  Pancutan air panas menjemput kedatangan kami dengan percikan air panas setinggi dua puluh kaki.  Aku sempat merendam kaki sambil terus berkhayal kehangatan Sungai Mekong.

ABANG



          Abang mengirup teh petang.  Lelaki yang berusia 70han itu kujilat atas bawah.  Kenapa abang menghabiskan usianya tiada keturunan?  Dia bukan tak kacak.  Wajahnya masih tegang lagi macam jejaka berumur 50han.   Maklumlah abang seorang bekas tentera.  Dia hanya menumpang kasih dengan anak-anak buah.    Lantaran ptu dia sanggup bergurau dan bergumpal dengan anak-anak buahnya walaupun umur mereka macam langit dengan bumi.

ANAK BUTA



           Hari itu aku ada temu janji dengan doktor.  Semua tempat duduk penuh walaupun hujan mendesah di luar. Aku membelek-belek angka bertemu doktor.  Masih jauh.  Mungkin satu jam lagi.  Aku menuju ke kantin hospital menghilangkan rasa lapar kerana berpuasa sebelum ambil darah.

KEMALANGAN



          Semua manusia menepis jauh-jauh kemalangan.  Ada manusia memang mencari kemalangan.  Baring semasa memandu motosikal.  Bercakap dengan telefon bimbit semasa memandu kereta. Macamlah umur manusia barang jualan di pasar raya.  Kalau dah tak boleh pakai lagi, ganti sahaja  barang yang baru.  Kalaulah dah tempang maka tempanglah seumur hidup.  Kalian yang menanggungnya.  Rakan-rakan yang mengenali kita hanya mengungkapkan kata-kata kasihan. Dulu tak cacat semasa ibu melahirkan sambil menggeleng-gelengkan kepala.

SUARA EMAS



          Gembar-gembur Adibah telah menjadi kenyataan.  Menunggu tarikh 8 dan 15 September terlalu lama rasanya.  Bahagian pertama tak sempatku dengar kerana menziarahi besan yang hendak ke Tanah Suci.  Tapi bahagian kedua dapat kudengar untuk mengumpulkan maklumat sebuah coretan.  Kata-kata Adibah sungguh menjerat aku mengenali sejarah biduan.  Bukankah lagu-lagu klasik itu sejarah?

ABAMG DOLAH



Tatapan Abang Dolah yang diingati
Semoga sihat selalu

          Pertemuan kita berakhir 24 Mei.  Walaupun kita dibatasi oleh negeri Pahang dan Terengganu, tapi itu cuma fizikal sahaja.  Kata orang tua, jauh di mata tetapi dekat di hati.  Kasih sayang kita amat dekat walaupun seorang di Kelantan dan seorang lagi di Johor.  Tambah orang tua lagi, ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga.

HIJRAH



          Aku dah beberapa kali menyerah kalah.  Iman aku tak kuat.  Terpengaruh dengan kawan-kawan.  Tapi kalau aku mati, adakah kawan-kawan nak mati bersama.  Kawan hanya menyambut kematianku, ‘ Kasihan dia.  Dia dah meninggal dunia.  Umurnya muda lagi ‘.  Mati muda perkara biasa.  Tapi aku nak berhijrah sejak berada di negeri orang.  Duduk di luar negara perasaanku tidak memberontak.  Segala-galanya tidak menyedarkan aku kerana orang-orang sebangsaku hanya minoriti sahaja.  Sekarang aku berada di Malaysia.  Umurku sedang membuat pecutan terakhir mencapai lima puluhan.

KENTONG



          Aku menguak-guakkan air supaya bayanganku jelas kelihatan.  Wajahnya tak sama  tapi serupa.  Mana sama kalau enam puluh tahun dibandingkan sembilan tahun.  Bayang-bayang inilah aku menilai diriku yang sudah bertahan lebih setengah abad.  Bulan puasa memang selalu mengetuk pintu hatiku menjelajah dunia yang semakin pudar.

MISRAN



          Radio Klasik memainkan potongan filem Nujum Pak Belalang.  Satu – banyak-banyak.  Dua – sikit-sikit.  Tiga – jarang-jarang.  Empat – kadang-kadang.  Aku memberikan jawapan yang sama tanpa berbelah bahagi setiap kali slot itu ke udara.  Mana tak kalau soalan yang sama ditanyakan kepada pendengar-pendengar.  Soalan-soalan itu adalah ceritaku.  Cerita yang ada tiga watak utama yang menjalinkan kehidupanku yang sentiasa dirundung malang.  Setiap episodnya mengetuk pintu hatiku bergelora digamit oleh mimpi yang tak sudah-sudah.

RAHISMA



          Siapa tak sedih kalau Taj Mahal menjadi satu harapan yang berkecai.  Aku berjanji hendak membangunkan Taj Mahal sebagai lambang percintaan kami.  Tak salah kalau Taj Mahalku didirikan di Malaysia sahaja.  Selagi Allah memberikan aku kudrat, aku tetap merenangi lautan cinta yang tidak bertepi dalam membina Taj Mahalku. Taj Mahal tetapku bangunkan walaupun secara ilusi.  Biarlah aku keseorangan saja yang membina Taj Mahal. Taj Mahal bukan sahaja berdiri megah di India.  Taj Mahal yang aku bina di Malaysia ini, akan sentiasa menggamit kenanganku tanpa siapa yang tahu.  

SELAMAT 2



            Keputusan SPM 2011 dah lama diumumkan.  Rakan-rakan sekolaku telahpun mendaftar melanjutkan pelajaran. Aku menunggu buah yang tak gugur.  Slip peperiksaan SPM kurenung mengenangkan nasibku pada masa depan.  Empat Kepujian, empat Lulus dan dua Gagal.  Aku juga telah mewar-war dalam ADILA .  Macam mana kalau Pengetuaku bertanya kepada sahabat-sahabatku yang lain?  Mana muka nak sorok?  Dia memang berharap kepadaku.  Aku dah khabar kepadanya bahawa aku tak pandai.

SMRM



            Hari raya kelima mengumpulkan kenangan lama daripada mulut-mulut yang sudah kecut dan terhogah-hagih semasa bercakap.  Perjumpaan itu tidak pernah kurancangkan.  Mereka mengambil makanan dan duduk semeja di rumah jiranku yang mengadakan kenduri kahwin.  Aku melayan tetamu yang hadir bertali arus setelah hujan lebat berhenti jam 11 pagi.  Kecut perutku apabila kehadiran jemputan tidak seperti yang yang diharapkan.  Siapa nak makan kalau nasik dan lauk yang dimasak masih tak luak?

IBU



          Air mata seorang ibu.  Mengalir lesu pada kedutan pipinya.  Malam, bukan untuknya menutup pintu mata.  Siang dan malam, asyik bermimpi tentang kesejahteraan anaknya di dalam buaian.  Kadang-kadang, ia tertidur di bawah buaian kain.  Fikirannya masih tidak luput mendendangkan lagu-lagu klasik seorang ibu, walaupun matanya terpejam seketika.  Dia bergegas bangun bila terasa air menitis dari buaian yang sudah terhenti lama.

PINGGIRAN DAN AMPANG 2



          Aku bukanlah perosak alam.  Aku bukanlah pencabul kedamaian sebuah keluarga.  Impianku hendak menjadikan Ampang sebuah pelabuhan klasik tinggal begitu saja.  Aku khuatir Ampang akan terbenam dalam tanah liat yang berkelodak dengan cinta kami yang tersembunyi dalam hati.

PINGGIRAN DAN AMPANGAN



Tak mahu sejarah berulang kembali.  Pedih dan perit hati yang terluka.  Orang lain hanya membuka kisah.  Tapi aku yang menanggung azabnya.  Kalau telah ditetapkan Allah apa aku nak buat?  Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya.  Reda hatiku sementara waktu sahaja.  Keresahan hati tetap Aku bergoyang disapu oleh bayu rindu.

ISTERI ARMAN



          Aku terjaga dari tidur.  Jam tanganku menunjukkan jam 2.49 pagi.  Aku terpinga-pinga bila terpisat tidur.  Kenapa aku terjaga? Seolah-olah aku dikejutkan oleh orang?  Nak tidur tadi, aku telahpun membaca empat surah Kul, fatiha dan mengucap dua kalimat syahdat.  Khuatir juga mati dalam tidur seperti sahabatku.  Fikiranku melayang-layang mengingatkan peristiwa lama dengan isteriku tanpa diduga.  Aku mengambil pena dan kertas. Tintaku menari-nari di atas kertas mendrafkan sebuah nyanyian lama untuk jadi ingatanku, pedoman dan pengajaran kepada insan yang lain.

HIDAYAH



Kita merancang sahaja.  Allah yang menentukan.  Aku tak terfikir bekas isteri tuaku mengheret aku dalam kancah hidup ini.  Kadang-kadang aku merenung masalah ini semasa aku keseorangan.  Mana ada perempuan yang sanggup berkongsi suaminya dengan perempuan lain untuk bergelar isteri.  Mungkin ia satu dalam sejuta manusia.  Memang tak mudah dia memberikannya kasih sayang  yang dimilikinya kepada orang lain.

ISTERI RAHMAT



Aku menanti kematianku. Tak menjadi.  Mataku dipejamkan  rapat-rapat.  Esok aku menanti lagi dengan hati yang terbuka untuk menyerahkan diri kepada  Allah.  Masih lagi tidak menjadi.  Rupa-rupanya diriku telah ditetapkan oleh Allah tiga tahun lagi.  Senang atau susah aku tetap bersama suami tersayang.  Perkongsian hidup dengan suamiku dikurniakan empat orang anak.  Antara kami dan anak-anak adalah seperti nahkoda melayarkan bahtera masing-masing.  Lihatlah siapa yang dahulu sampai ke destinasinya.

MAK LIMAH



          Dah capai usia 70han tahun tentu kisah-kisah lama menggamit kenangan.  Diri ini terasa kesunyian bila hari raya merangkak perlahan-lahan ketibaannya.  Aku hanya bertemankan Radio Klasik Nasional sahaja sejak zaman berzaman.  Coretan ini sebagai buah tanganku kepada Penerbit, Penyampai Coretan dan Sahabat Klasik Nasional.

ABUK-ABUK



Kenapa tenguk saja kuih abuk-abuk tu? Tak sedap tekak lagi ke?  Mungkin selera Madinah dan Mekah masih ada?  Penat abang bawa dari Sumatera.  Kuih ini dia buat sendiri sebagai buah tangan menziarahi awak pulang dari ibadat Ummrah.

April 28, 2013

JAMNAH



          Jamnah menerpa memori tuaku.  Perca-perca kenangan di selerakkan.  Aku mengutip dan mencantunnya menjadi satu kenangan yang telah berusia setengah abad.  Kedatangan Jamnah tidak pernahku undang.  Tapi aku pernah berjumpa dengan Jamnah semasa aku belum bersekolah lagi.  Ibuku sengaja membiarkan aku berkawan dengan Jamnah semasa dia belajar agama dengan Pak Imam.      Perbezaan umur aku dengan Jamnah ibarat bumi dengan langit.  Gadis berumur dua puluhan itu berambut pendek macam lelaki.  Jalannya terdengkut-dengkut kerana cacat.  Baju yang dipakainya mungkin seminggu dua baru bersalin.  Justeru itu bau busuk dan hapak meloyakan panca indera. 

TEBU



          Jemputan, jemputan, jemputan.  Tiap-tiap hari makan nasi minyak pada hari sabtu dan ahad.  Rasanya sama sahaja.  Nasib baik ada bubur, lauk kampung dan kuih-muih.  Sayur nangka, sambal belacan dan ikan masin bulu ayam pun dah cukup buka selera.  Tiba-tiba aku mengajak isteriku menjenguk abang di kampung.  Carit-carit bulu ayam, lama-lama cantum juga.  Mereka bawa diri.  Segan dengan kehidupannya.  Tapi air dicincang tidak akan putus.  Dulupun aku dan adik-beradik pernah merasakan begitu.  Emak dan abah ajak kami adik-beradik keluar daripada khazanah pusaka lama tentang kemiskinan.

PASANGAN BUTA



          Sepasang merpati menjadi perhatianku.  Dah lamaku intip gelagatnya.  Nak tangkap tak dapat kerana terlepas lari. Nantiku adukan kepada Jabatan Agama Islam. Tak segan ke kalau berpegang-pegang tangan di tengah bandar. Cubalah anak-anak tenguk kelakuan ibu bapanya, tentu segan nak letak muka.  Masih tak faham-faham lagi. Rumah kata pergi, kubur kata mari.  Begitulah aku perhatikan pasangan merpati tua dari jauh.

SDAD



‘ Awak nak ke mana?’, sergah isteriku.  ‘ Rumah sakit.  Hari ni kan ada temujanji doktor ‘, jawabku sambil menyarung kemeja T.  Setelah mengambil nombor di hospital, aku terpelesuk di kerusi  dalam baris ketiga sambil membaca suratkhabar.  Doktor belum tiba lagi tapi kerusi menunggu dah penuh.  ‘ Orang dah faham dengan kesihatan.  Tak tunggu sakit menjemput.  Baru terdengeh-dengeh nak jumpa doktor.  Padanlah umur persaraan  Kakitangan Kerajaan sehingga enam puluh tahun.

PENGANTIN



            Hari sabtu dan ahad seram sejuk bulu roma.  Entah bilalah isteriku membuka mulut.  Dah lebih umur setengah abad kena jaga kesihatan kata Hang Mokhtar.  Kalau satu atau dua buah rumah tak apalah.  Ini kalau dah lapan buah rumah sehari macam mana?  Orang dulu kalau nak pecah bisul masa tutup sekolah.  Tapi orang sekarang suka sangat hari sabtu dan ahad.

SELAMAT AMAN



          `Habis SPM aku telah diperakukan sekolah sebagai masyarakat,  Aku tak tahu kawan-kawan lain.  Aku dah tak ingat pelajaran, buku-buku, kawan-kawan dan cikgu. Apabila kaki melangkah pintu besar sekolah, aku menangis teresak-esak dan kepiluan membalut jiwa ragaku.  Kawan-kawan telah pulang ke rumah dengan slogan merdeka.  Aku di tempat basikal merenung fenomena sekolah dengan air mata yang berlinang.

GILA



          Aku mendengar sesuatu daripada ‘Kecil-kecil Cili Padi’.  Rasanya tak mahu turun kereta.  Pedas tapi sedap atau dengan perkataan lain ‘Pedas Sedap’.  Aku tak serik pedasnya kerana dia menghiburkan.  Sebab itu kelambatannya muncul ke udara tetapku tunggu.  Dia biasa saja di bilik konti,  Bila bercakap, aku bayangkan tangan dan kakinya terangkat-angkat. Mungkin aku yang perasaan.  ‘ Abah dah beli sarapan?  Mimi dah lapar.  Abah jangan lupa belikan Mimi roti mak Jah.  Petang boleh cecah roti dengan kopi O ‘, aku tersedar dari lamunan dan terus menutup radio klasik dalam kereta.

KUBUR



            Abah menggoyang aku dari tidur untuk menemaninya.  Aku basuh muka dengan tak mandi pagi.  Undang-undang abah tidak tercatat dalam rumah.  Undang-undang disebut orang zaman sekarang sebagai norma sahaja.  Aku menyebutnya pada hari ini sebagai norma orang kampung.  Orang kampung pada masa itu tak payah ambil cuti pada hari Jumaat.  Orang lelaki tidak payah bekerja pada hari Jumaat.  Orang lelaki pada masa itu bertemankan pokok puding dan kemboja sementara menunggu giliran.

KELUARGAKU



Peristiwa ini kusimpan dalam muzium hati menjadi sejarah.  Kiralah sendiri kalau ibu dan bapaku meninggal dunia ketika umur mereka hampir sembilan puluh tahun.  Mereka meninggal dunia semasa anak keduaku dilahirkan.  Kini umur anakku sudah mencecah umur 24 tahun.  Setelah campur tolak, peristiwa ini telah berlaku 100 tahu yang lalu.  Kisah sejarah keluarga ini akan diturunkan daripada satu keturunan kepada satu keturunan.

USM



            Surat pelawaan masuk UKM terpaksa kutolak.  Rezeki ada tapi nasib tiada.  Kemiskinan keluarga menyentap semangatku ke menara gading.  Aku masih lagi terdengar suara abah yang menghantui aku.  Dia akan berhenti kerja bila aku menyuapkannya nasi.  Keputusanku menimbulkan kemarahan kakak-kakakku.

PANGGILAN HAJI



          Tetamu Allah baru berlepas meninggalkan tanahair. Mereka menggamit kenanganku semasa berada di bandar Madinah dan Mekah Munawarah.  Aku dan isteri dilempahkan oleh Ilahi mengerjakan ibadat haji pada tahun 2003. Selepas itu, kami sentiasa menunjungi Tanah Suci tahun-tahun berikutnya. Pemergian kami bukan dasar melancung atau berhibur hati.  Kami telah bertekad membersihkan jiwa sebagai manusia biasa.  Keadaan Bandaraya Madinah dan Mekah Munawarh memang sentiasa mengalami perubahan. Setiap dua tahun sekali, kami tetap menjenguk diri menjadi Tetamu Allah.  Tiada dapat aku ceritakan, ketenangan diri secara mutlak yang dilempahkan oleh Allah.

USA



          Manakah hatikan kubawa pergi?  Adakah hatiku ini akan dilambung sepi?  Masa-masa yang lepas tetap membisu pergi.  Macam manakah hari-hari yang lain berkunjung nanti?   Dulu bulan Syawal yang mulia sungguh tidak bererti. Orang menunggunya dengan kemeriahan.  Tapi aku menunggunya terasa jauh di sudut hati. Hati mana yang tidak gelisah.  Terbiar keseorangan menjadi perantau, walaupun seumur hidup tidak pernahku rasakan.  Kepahitannya memang lebih nikmat daripada kemanisan.  Aku menandakan kalender kuda setiap hari sehingga pertengahan puasa, sebelum aku dijadualkan pergi macam orang menunggu giliran pergi menunaikan haji.

HARI IBU 2012



          Hari Ibu datang lagi.  Tak payah dijemput.  Ia pasti mengenguk kelender yang tersangkut di dinding. Manusia ingat lupa Hari Ibu.  Tak macam Hari Raya Puasa dan Haji.  Poterit ibu telahku gantungkan dalam sudut hati.  Dia adalah bintang pujaanku.  Orang ramai tak nampak peranan ibu di balik tabir.  Segala gerak-geriku dibisikkan ibu supaya aku memandang ke bumi semasa mendongak ke langit.

MERDEKA



          Merdeka.  Merdeka.  Merdeka.  Itulah laungan yang aku tunggu.   Biar laugan itu loghat Kedah tapi aku faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pejuang-pejuang tanahair.  Aku dilahirkan empat tahun sebelum merdeka.  Tetapi aku membesar  dan terus tua dalam Negara yang telah mencapai kemerdekaan.  Bahan-bahan coretan ini aku punggut daripada kakak-kakakku yang telah hidup 7 – 13 tahun sebelum merdeka.  Mereka yang dilahirkan pada tahun 1957 ke atas samar-samar tentang kemerdekaan.  Nak tahu erti kemerdekaan, mereka terpaksa bertanya orang-orang lama dan membaca buku tentang kemerdekaan negara.

KAK LONG



            ‘ Assalammualaikum. Kak Long jatuh dalam bilik air.  Kak Ngah beritahu sahaja. ‘, aku mendapat berita sedih daripada Kak Ngah.  Pagi-pagi selepas subuh baru aku memberitahu isteriku.  Takut dia tergolek anjing.  Yang sakit menunggu sihat.  Yang sihat pula mesti meneruskan hidup.  Ustaz tersenyum  mencuri perkhabaran ini.  ‘Saya dah bercakap dalam Radio Klasik.  Ingat semasa sihat. Ingat semasa kaya.  Ingat semasa senang.  Ingat sebelum mati.  Ingatlah jangan dengar saja? ‘.

DIRGAHAYU



          Dirgahayu Radio Klasik.  Sememangnya Radio Klasik, Menggamit Kenangan sehingga kita senyum, ketawa dan menangis sendiri.  Terima kasih kepada Honey Vocation yang hanya membawa dua orang sahaja terbang ke Kashmir. Ingatkan macam aku pergi haji dan umrah dulu.  Penuh jemaah sahaja dalam kapal terbang. Selalunya Rancangan MKI ditunggu-tunggu oleh adik-adik yang diulit kenangan.  Rancangan Malar Segar pula membuai mimpi, orang yang sebayaku bergolek di atas katil sebelum mata tertutup rapat.  Rancangan Lagu-lagu Irama Nostalgia jam sebelas pagi pula membara orang-orang lama bersemangat muda. Tak payah makan sebarang jamu.  Segala-galanya mengembalikan orang tua menjadi muda.  Amboi DIVA.

MENARA GADING



          Alhamdulillah.  Aku dapat juga menghabiskan ijazah setelah bertungkus-lumus dengan pelajaran.  Bukan senang jadi mahasitua di kampus. Aku terpaksa bersaing dengan orang-orang muda yang baru keluar dari sekolah.  Tak menjamaah A atau B dalam kertas yang kuambil. Dapat C pun menggambarkan keupayaanku sebagai mahasitua. Bayangkalah kalau orang muda mentelaah buku 4 jam sehari, tapi aku pula mentelaah pelajaran 12 jam sehari.  Tapi tak dapat juga kelas pertama atau kedua atas.

SUAMIKU



           ‘Hujan jatuh ke langitttt.  Salah tu bang.  Perasaan abang sahaja.  Hujan tetap berderai ke bumi. Kadang-kadang saya tadah air hujan.  Basuh lantai simin depan rumah.  Biarlah simin bersih dan kelihatan ceria di mata.  Umur abang dah tuaaa.  Abang duduk rumah sahaja.  Biar sahaja saya bersihkan rumah.  Nanti kalau dah semput atau demam, siapa yang susah?  Saya juga yang susah atau Akak juga yang susah.  Anak-anak boleh balik tapi saya tak sukakan susahkannya’, bebelku sambil merenung hujan yang mencurah-curah.

BAPA ANA



            Abah telah lemas menghabiskan sisa umur.  Peluang keemasan ini mestiku cakup sebagai satu coretan yang berharga.  Abah memang tidak marah.  Segala rashianya disimpan dalam diriku.  Aku anak sulung sebagai ganti emak.  Masa emak ada pun aku yang bertungkus-lumus.  Aku yang solekkan rumah abah biar ianya nampak ceria.

MENGANDUNG



          Coretan ini berdasarkan perbualan aku dengan Along. Segala perbualan aku titipkan dalam diari kecil dan kujana menjadi coretan untu dikongsi bersama.  ‘ Barang-barang yang abah kirimkan telah terima. Terima kasih abah dan emak.  Segala-galanya dimakan dengan sudu sebab hancur jadi sagun.  Tapi rasanya sedap.  Tak jumpa bah di negara orang.  Along nak beri hadiah abah sempena pesaraan abah.  Nak kirim tak boleh.  Nak cakap, kelu lidah nak berkata.  Nanti Along cakap pada lain masa ‘.

FUZI DOL



        Dulu aku kaki filem Hindustan.  Filem Andaz telahku tonton beberapa kali.  Aku tak tahu di mana sedapnya?  Setelah aku mendapat pekerjaan tetap, aku baru memikirkan rumahtangga.  Cerita perkahwinan tak ubah seperti aku melakarkan sebuah lukisan pemandangan. Objek-objek teratur seperti perancanganku dan bakal suamiku.  Tapiiii Ibu suamiku tidak berkenan dan menyuruh anaknya nemisahkan perhubungan kami. 

RUMAH NENEK



          Cuti sekolah aku diambil oleh nenek.  Abah tidak terkata apabila nenek ingin membawa aku balik.  Abah tak mahu nenek berkecil hati.  Abah tahu aku adalah cucu kesayangan nenek.  nak rasa membela cucu lelaki yang Nenek tua sekali.  Abah memberitahuku bahawa nenek selalu menyayikan lagu klasik zamannya untuk menidurkan aku dalam buian kain.  Kadang-kadang nenek baring di bawah buaian apabila aku tidak mahu tidur.

PERKAHWINAN



          Aku orang kampung.  Besar di kampung.  Makan pun cukup syarat sahaja.  Biar makan jangan mati tak makan.  Bila umurku jejak remaja aku juga menurut  feel remaja.  Badan pakai bedak.  Rambut sapu minyak.  Jambul mesti meleleh air liur anak dara.  Lain kali mesti berpeluang berjumpa anak dara lagi.  Anak dara mesti jatuh cinta macam cempedak busuk.  Nasib baik, terus kahwin dan dapat anak.  Macam begitulah orang dulu-dulu bercinta.  Pelajaran tak perlu tinggi-tinggi.  Kalau dah terpaut, suruh emak cepat-cepat pinang.  Tak cukup boleh pinjam dengan koperasi atau hutang.  Dah dapat anak masih lagi berhutang.  Teruknya karenah setengah anak-anak muda zaman aku.

JOGET LAMBAK



          Dah lupalah tu.  Begitulah nasib penyanyi. Aku ni penyanyi lamalah.  Akulah yang dulunya terlalak di rumah orang kahwin.  Masa dulu aku hebat.  Ramai mambang turun ke majlis menyaksikan aku menyanyi.  Ada mambang  nak berkenalan.  Ada mambang nak jumpa.  Ada mambang minta tolong jampikan sakit angau yang melandainya.  Macam-macam membuat aku ketawa sendirian.  Bukannya Radio Klasik sahaja menggamit kenangan, tapi mambang-mambang lama juga menggamit kenangan.

MD NOOR BELALANG



          Aku sendiri yang memutuskan.  Jalan yang panjang dipendekkan.  Hidupku terombang-ambing setelah bapaku meninggal semasa aku berusia lapan tahun.  Aku jadi rebutan keluarga abah dan emak.  Walaupun begitu aku masih tinggal dengan mak.  Jesteru itu aku lebih kenal emak daripada bapaku. 

ABANG MUSTAFFA



            Aku terperenyuk sahaja dalam bilik.  Jam menandakan  hanpir pukul 2.20 petang.  Hari Ahad mana ada ADILA.  Aku memejamkan mataku supaya aku lebih nikmat lagi mendengar rancangan Dari Hati Ke Hati.  Walaupun jasadku berada dalam bilik, tetapi fikiranku menjelajah ke tempat-tempat yang tidak bernama.  Lagu-lagu yang tidak pernahku dengar dicatatkan dalam buku kecil buat rancangan ADILA.  Begitulah rutin aku setiap malam sambil mencatatkan lagu-lagu lama dalam rancangan Malar Segar.

PAK MAT ASKAR



Aku membaca surat khabar  sejak dulu lagi.  Kadang-kadang semua muka habis dibaca,  Berita askar kita bertugas di luar negara menyentuh jiwaku.  Nak juga tulis coretan dalam ADILA, tapi tak mampu.  Macam nak tulis nobel yang memakan masa berbulan-bulan.  Cerita tersadai saja dalam kertas kajang.  Pak Mad minta anak habiskan coretan ini.  Pak Mad bercerita sambil anak duduk mengetuk komputer.